Hubungan dengan manusia Nasar Raja

Nasar Raja adalah salah satu dari spesies burung yang sering muncul pada naskah kuno peradaban Maya.[35] Karakter lukisannya dengan mudah dapat dikenali melalui benjolan pada paruh burung dan lingkaran-lingkaran tertumpu yang membentuk mata burung.[35] Kadang-kala burung ini digambarkan sebagai dewa yang bertubuh manusia dan kepala burung.[35] Menurut mitos Maya, dewa ini sering membawa pesan di antara manusia dan dewa lainnya.[18] Nasar Raja juga digunakan untuk mewakili Cozcaquauhtli, hari ke-13 dalam satu bulan di kalender Maya.[35]

Penduduk Amerika Selatan percaya jika bayangan Nasar Raja mengenai seseorang, orang itu akan ditimpa malapetaka atau kematian.[23] Darah dan bulu burung ini juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit.[23] Nasar Raja juga merupakan haiwan popular yang digunakan pada setem di negara-negara di wilayah penyebarannya. Nasar ini muncul pada setem negara El Salvador pada tahun 1963, Belize pada tahun 1978, Guatemala pada tahun 1979, Honduras pada tahun 1997, Bolivia tahun 1998, dan Nicaragua pada tahun 1999.[36]

Oleh kerana saiz tubuhnya yang besar dan kecantikannya, Nasar Raja menjadi tarikan di beberapa zoo, termasuk Zoo Honolulu, Zoo Belize, dan Zoo Berlin. Nasar Raja dapat membiak dengan baik walaupun dikurung di dalam sangkar,[17] akan tetapi, burung dewasa memiliki kecenderungan untuk membunuh anaknya yang baru lahir.[31] Sifat ini belum dilihat di habitat liar. Menentukan jenis jantina anak burung yang baru lahir di sangkar agak sulit dilakukan kerana kehadiran pundi "lemak bayi" yang besar pada enam bulan pertama usia anak burung dan tiada perkembangan gonad pada tahun pertama kehidupan anak burung ini.[31] Nasar Raja adalah salah satu dari sebilangan kecil spesies burung yang terdapat di dalam (studbook) AZA (Persatuan Zoo dan Akuarium), di dalam edisi 2007 yang disimpan oleh Brian Tierney dari Zoo Bronx, New York.[37]

Rujukan

WikiPedia: Nasar Raja http://www.arthurgrosset.com/sabirds/king%20vultur... http://www.eurekawebs.com/zoo/kv.htm http://books.google.com/books?id=BEwDAAAAQAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=REwDAAAAQAAJ&dq=A... http://books.google.com/books?id=l4h4vTjnAUUC&dq=K... http://books.google.com/books?vid=ISBN0300040857 http://books.google.com/books?vid=ISBN0300049692 http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://ibc.hbw.com/ibc/phtml/especie.phtml?idEspec... http://royalsociety.metapress.com/media/public/con...